portfolio website templates

Island Hopping Langkawi

Lawatan ke Pulau-pulau Geopark Langkawi

Island Hopping

Aktiviti terbaik seterusnya ialah Island Hopping Langkawi, cek lokasi, masa perjalanan dan harga diskaun, bot persendirian ataupun bot kongsi. Buat tempahan secara atas talian.

Bot Kongsi


Melawat ke 3 buah pulau.
Mula jam 9:30am atau 2:30pm.
Pengangkutan percuma dari Pantai Cenang (atas permintaan).
* kalau bilangan ramai, ambil bot persendirian lebih baik.

MYR 40.00 Dewasa
MYR 35.00 Kanak-kanak.

Bot Persendirian


Melawat ke 3 buah pulau.
Mula bila-bila masa sebelum 2:30pm.
Pengangkutan percuma atas permintaan (kawasan Pantai Cenang sahaja).
* untuk bilangan orang yang lebih ramai, semak harga di laman tempahan.
Harga ini ialah untuk sebuah bot untuk 9 orang.

MYR 300.00 Sebuah Bot

Island Hopping Langkawi, ialah aktiviti nombor dua paling mengujakan di Langkawi.

Pakej Island Hopping Langkawi, adalah lawatan dengan menaiki bot bermula jam 09:30 atau 14:30, membawa anda ke pulau-pulau eksotik Beras Basah, Dayang Bunting dan Singa Besar. Di pulau Beras Basah saksikan sekumpulan helang yang berlegar di udara apabila pemandu bot mencampakkan makanan ke permukaan air.

Seawal jam 9:30 pagi, sebuah bot panjang berbumbung dengan perbagai kaum dari pelbagai ceruk rantau, saling tersenyum, bercakap antara satu sama lain menuju ke destinasi yang sama dengan harapan keseronokan yang berbeza. Ada yang hanya duduk memerhatikan pemandangan indah gunung-ganang di pulau-pulau lain di sekelilingnya, ada yang bermain air di pantai yang berpasir gebu, air yang sejernih kristal atau berjemur di bawah terik matahari. Anda boleh melupakan dunia anda selama lebih kurang 90 minit di sini. Ada perkara lain yang menanti anda di pulau lain. Di Pulau Dayang Bunting ada tasik. Bukan hanya tasik biasa tetapi tasik air tawar, di mana muara tasik bercamtum dengan air laut. Tetapi air tasik kekal tawar.

Berenang, mendayung di atas air dengan perahu dayung, bot solar, pastinya memberikan anda pengalaman tambahan ketika berada di tasik air tawar ni.

Selain dari itu, snorkeling di Pulau Beras Basah adalah antara aktiviti menakjubkan yang dapat anda lakukan dalam lawatan Island Hopping ini. Jangan lupa untuk membawa peralatan snorkeling anda atau anda sewa jer dari kami. (selagi stok masih ada).

Satu lagi aktiviti penting untuk anda saksikan ialah memberi burung helang makan. Dalam beberapa minit, sekumpulan helang akan berlegar-legar atas kepala anda, sebaik boatman mencurahkan makanan ke permukaan air.

Jadi, apa tunggu lagi. Rasai pengalaman menakjubkan ini di Langkawi.
Perjalanan kedua hari ini bermula pada pukul 2:30 petang dengan bot kongsi. Tetapi dengan bot persendirian, boleh gerak bila-bila masa.
Keseluruhannya, lawatan ini tentu akan memberi anda pengalaman dramatik semasa berada di pulau-pulau tersebut. Kami tidak pasti sama ada anda dapat mencari kata-kata yang sesuai untuk menceritakan mengenai pengalaman indah, romantik dan menarik anda di pulau-pulau itu kepada orang lain.

Jumpa nanti di Langkawi!

Maklumat lawatan, dengan bot kongsi ataupun persendirian.

  1. LAWATAN PERSENDIRIAN
    Harga : Dari MYR300 sebuah bot max 9 orang.
    Kategori : Persendirian.
    Bermula pada bila bila masa dari 09:30 hrs.
    Durasi : 3 jam.
    (Kalau lebih dari 9 orang, kira harga laman tempahan). 
    Pengangkutan percuma dari hotel : Kawasan Pantai Cenang sahaja. Tempah sekarang! 
  2. LAWATAN BOT KONGSI
    Harga : MYR45.00 Dewasa, MYR35.00 Kanak-kanak (umur 3 - 7).
    Kategori : Kongsi Bot.
    Jam mula : 09:30 hrs atau 14:30 hrs.
    Durasi : 3 jam.
    Pengangkutan percuma dari hotel (Kawasan Pantai Cenang sahaja).
Island Hopping Langkawi. Beberapa perkara yang anda patut tahu tentang Island Hopping.
Berikut ialah beberapa soalan yang kerap ditanya berkaitan dengan Island Hopping di Langkawi. Jika soalan anda tidak ada dalam senarai, boleh hantar email atau whatsapp kepada kami.
  • Island Hopping atau Mangrove Tour Langkawi? Lawatan Pulau Hopping Langkawi atau Mangrove Tour? Semuanya berbeza kecuali bahagian beri helang makan. Tempat, masa dan lokasi sangat berbeza.
  • Apa itu Island Hopping Langkawi? Island Hopping Langkawi adalah tempat anda ‘melompat’ dari satu pulau ke satu pulau dengan menaiki bot, iaitu Beras Basah, Dayang Bunting dan Pulau Singa Besar.
  • Apakah jenis bot yang harus anda naiki, bot persendirian atau berkongsi? Kalau kumpulan anda ramai, eloklah ambil bot persendirian, tapi kalau setakat seorang dua, kongsi bot dengan penumpang lain bukan sahaja menjimatkan, malah lebih seronok. Kalau nak privasi, dua orang pun boleh ambil bot persendirian.
  • Ada snorkelling tak dalam pakej Island Hopping? Snorkelling boleh buat di Pulau Beras Basah. Bawa alat snorkel sendiri atau boleh juga sewa di Beras Basah dengan harga RM15.00 satu set.
  • Boleh pergi Island Hopping Langkawi dengan Jet Ski? Boleh. RM730.00 per Jet Ski untuk 2 orang, atau RM625.00 untuk seorang. Selama 4 jam.
  • Di mana tempat berkumpul? Tempat berkumpul ialah di Teluk Baru, sebelah Pantai Tengah, dekat dengan Resort World Langkawi. Guna Google maps dan cari "Island Hopping Alanona".
  • Apakah harga Island Hopping Langkawi 2020? Pakej Island Hopping Langkawi untuk seorang dewasa RM40/dewasa dan RM35/kanak kanak. Pakej persendirian ialah RM300.00 untuk max 9 orang.
  • Apakah yang termasuk dalam harga ini? Perkhidmatan kami adalah membawa anda ke tiga pulau, iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Singa Besar. Di sana boleh buat parasailing, banana boat, paddle boat, snorkelling, berenang (dengan bayaran sendiri) atau bersantai.
  • Jam berapa selalunya pakej ini bermula? Island Hopping Langkawi selalunya bermula pada jam 9:30 am dan 2:30 pm, sementara bot persendirian boleh bila bila masa sebelum jam 2.30 pm.
  • Di mana nak dapatkan tiket Island Hopping ni? Kami guna e-tiket yang boleh didapati di laman web ini. Arahan untuk sampai ke tempat berkumpul turut disediakan.
  • Harga diskaun untuk Island Hopping Langkawi. Untuk dapat harga diskaun, boleh tempah secara atas talian di laman web ini.
  • Di mana dan bagaimana nak tempah Island Hopping Langkawi? Tempah di laman web alanona.com/booking.
  • Apakah aktiviti yang boleh dilakukan dalam Hopping Langkawi? Banyak aktiviti yang anda boleh buat sebenarnya di Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Beri makan helang di Pulau Singa Besar Island.
  • Bilakah masa paling sesuai untuk Island Hopping Langkawi? Island Hopping Langkawi lebih menyeronok pada waktu pagi.

Hubungi Kami

© Copyright 2020 Alanona - All Rights Reserved

We use cookies to give you the best experience.